Assalammualaikum..
6 bulan aku x hupdate blog nan hado nih khennn..diam membisu kat blog sebab dah terlupa yang aku ada blog kekdahnya..dari dulu cakap macam tu kan..pemalas nak hupdate kekdahnya..relevan lagi ke blog aku ni? BTW..inilah kerja part time aku time puasa2 ni..ada lg satu keja part time yang aku buat iaitu masak memasak sambal tumis..tugas hakiki ialah cikgu ganti kat salah sebuah sekolah kat Penang..huhuhu..isi masa lapang sebelum tunggu posting..bes =)
Misteri kehilangan aku selama 6 bulan ni ialah aku berpraktikal aka menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah yang dulunya dikenali sebagai SOKSEK, la ni dikenali dengan gelaran Tun Syed. Sekolah ni merupakan sekolah idaman aku suatu ketika dulu..Time nak PMR, cikgu suruh isi borang SBP, first choice ialah sekolah ni..Malangnya, aku pegi isi borang OMR dengan dakwat pen..padan muka den..hangusla impian tu..Alhamdulillah, berjaya juga jejak kaki pada usia lewat 20 an sebagai guru praktikal..Satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan ayat BM tonggang terbalik aku ni..Yang pasti, aku bersyukur sebab mendapat rakan2 guru dan mentor yang sangat mengalu-alukan kedatanganku ke situ..dilayan sama rata dengan mereka..pengalaman yang sememangnya bukan semua guru praktikal dapat rasa..Thanks for Everything..=)
Relieft terakhir..sedih bila dapat relieft ni di pagi hari..bukan sedih sebab kena relieft cikgu Go ni utk 2 waktu, tapi sebab inilah relieft terakhirku sebagai guru praktikal..lepas ni akan dapat relieft jugak..tetapi relieft sebagai guru tetap..Sedih bila mengenangkan yang akhirnya aku berjaya jugak bergelar seorang guru praktikal..ya..aku dah sebelah kaki melangkah ke dunia pendidikan..cita-cita sejak kecil..
Terima Kasih Tuan Pengetua..Terima Kasih sebab sudi memberi sijil penghargaan ini..ucapan terakhir pengetua yang berbunyi..'Tahniah kerana telah berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini!" akanku semat disanubari..ke mana pun aku akan diletakkan nanti..itulah 'keluarga' baruku..aku harus berkhidmat seikhlas hati utk 'keluarga'ku.
Terima Kasih Sahabat2 guru yang sudi menjadikan aku sebahagian daripada 'persahabatan' mereka..terharu apabila mendapat hadiah daripada rakan-rakan..perkara yang tidak pernah berlaku sewaktu aku bergelar guru sandaran dahulu...Geng Meronggeng tetap diingatan..xkan lupa pengalaman makan 2 kali sehari di kantin sambil bergosip, meronggeng di hari Jumaat dan berkongsi kisah suka dan duka..pengalaman itu sangat manis utk dikenang..mungkin akan berada jauh dimata, tapi dihati jangan dilupakan.
Makmal komputer fevretku..ada dua makmal..tapi makmal ni paling aku suka..Sebab tu rajin pulak aku menghias papan kenyataan makmal ni..nostalgia betul..
Bila dah jadi Cikgu Praktikal, mestilah insan-insan yang akan aku jumpa ialah anak-anak murid yang dahagakan ilmu..Masa 4 bulan rasanya terlalu singkat untuk mengenal kesemua pelajar yang seramai lebih kurang seratus orang ni..n masa 4 bulan jugak adalah satu jangka masa yang terlalu singkat untuk berkongsi ilmu dengan mereka...kalau ditakdirkan kembali ke situ, ingin rasanya berkongsi banyak lagi ilmu2 IT yang berguna kepada anak-anak ini.
Sekian...
0 ulasan:
Catat Ulasan