Rabu, 30 Januari 2013

Misteri kehilangan aku!

Assalammualaikum.

'Kami insan-insan biasa yang ingin berjasa kepada anak bangsa'. Itulah salah satu ikrar yang aku sematkan dalam hati setelah menamatkan kursus selama 2 semester di UPSI. Di Upsi aku belajar cara untuk menjadi guru yang terbaik. Selama aku bergelar guru GSTT, kadang-kadang ada juga sesuatu yang aku buat tu menepati apa yang patut dibuat oleh seseorang guru yang baik, tetapi aku bukanlah seorang yang di 'train' pada waktu tu. Now, aku dah belajar ilmu falsafah pendidikan, psikologi pendidikan dan macam-macam ilmu lagi yang pastinya tidak akan aku dapat jika aku tidak bergelar pelajar diploma pendidikan.



Bermula dari bulan Februari hingga bulan Jun nanti, kami semua pelajar DPLI-GSTT-UPSI akan menjalani latihan praktikal di sekolah-sekolah. Pastinya ada kelainan nanti kerana sebelum ini kami juga adalah warga sekolah yang bergelar 'guru sandaran'. Selepas ni nak kena pegang title 'guru praktikal' pulak. Dalam usia 27 tahun( 28 sebenarnya, tapi aku lahir bulan 12 ok!), baru nak bergelar guru praktikal, masih single, masih duduk bawah ketiak mak........My life x berubah ke fasa seterusnya lagi. Mungkin my life begin at 30 kot..he3










Hambikkkk..banyak khennnn gegambar fotosyoto. (ERK, berbahasa fonen!). Sekarang ni kan zaman orang suka bergambar, buat apa pun nak ada gambar kenangan. Apa salahnya, untuk dijadikan kenang-kenangan. Tempoh masa 2 semester sudah cukup untuk menjalinkan hubungan silaturrahim diantara kami semua. Time paling best ialah bila masing-masing terkocoh-kocoh untuk menyiapkan tugasan yang gila babas punya banyak. Ada yang sampai bergaduh, tarik muka, merajuk, jatuh sakit n macam-macam lagi. Di sekolah nanti pun memang banyak tugasan menanti, practice siap-siap. Mungkin selepas ni ada antara mereka ni yang aku x akan jumpa lagi. Setiap pertemuan ada perpisahan. 


I'm back to my normal life kekdahnya. Selama dua semester, setiap minggu aku akan drive or tumpang kereta kawan dari Tanjung Malim ke Penang n pagi Isnin bertolak pulak dari penang ke Tanjung Malim..Setiap minggu macam tu. RnR Tapah, RnR Gunung Semanggol, RnR Sungai Perak dah jadi macam rumah ketiga..Selama dua semester jugak semua aktiviti 'melagha' dengan artis dilupakan. Almaklumla, tanggungjawab di rumah harus aku penuhi. Balik rumah bukan jenguk anak-anak mahupun suami memandangkan aku belom kawin lagi, tapi balik jenguk Mak dan anak-anak kucing aku yang makin ramai.
Memang ramai kucing aku, 14 ekor semuanya termasuk keturunan Tipah dan kucing aku yang paling tua dah berumur 13 tahun. Aku bukan jenis pengutip kucing-kucing jalanan, tapi semua kucing aku ni hasil dari si Tipah yang gigih beranak every musim mengawan..matilah ko!

Okla, sampai takat ni aje la aku nak merepek kali ni..aku dah lupa pasword blogger aku..hua3...nasib baik boleh recover pakai fon khennnnnnnnnn...nanti aku update lagi ek..cerita artis xde dah..aku insap!




 
© 2007 Template feito por Áurea R.C.