Khamis, 26 Januari 2012

Al-Fatihah Abang izwan..indahnya lelapmu

Assalammualaikum..


Sudah hampir seminggu Allahyarham Khairul Izwan Bin Pilus meninggalkan kita..
Terkejut! Itulah perkataan yang dapat aku gambarkan time dengar pasal berita ni kat radio HOTFM...
Dalam otak berputar ligat pasal Aril n his family..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Pemergian seorang 'Abang' dalam family pasti amat memilukan..
Ingatkan setelah keluar hospital, Allahyarham Izwan sudah sembuh, siapa tahu penyakit itu bakal meragut nyawanya..Al-Fatihah..



Kenangan dengan Arwah?Rasanya taklah banyak sangat..x pernah lagi duduk berbual dan mengenali diri arwah dengan lebih mendalam..tetapi melalui Aril dan teman-teman rapat arwah, aku dapat menyimpulkan bahawa arwah ni orangnya gila-gila sikit dan baik hati! Arwah sangat rajin buat kerja-kerja rumah berbanding adiknya Aril. Baju Aril pun arwah yang tolong basuhkan..OPS!Pasti Aril yang paling merasakan kehilangan abangnya yang satu ini..


Kali pertama aku berjumpa dengan arwah ni masa kali pertama jugak aku berjumpa dengan Aril.. Arillovers 1st gathering..time ni dalam hati terdetik yang arwah Izwan ni sangat sweet orangnya..kali kedua jumpa di pesta Penang..Arwah ni memg seorang performer..pandai ambil hati penonton..teringat time dia mengusik Shimah..dia turun stage then duduk tepi Shimah, siap buat dialog nak mengurat..sampai Shimah cakap, Aril x gila sangat, Izwan Pilus lagi Gilaaaaaa..teringat lagi kenangan kami balik rumah tersenyum-senyum bercerita pasal kenangan manis berjumpa dengan adik beradik ni...




Gambar kredit to Viscose dari forum cari..apa kena mengena selipar oren dengan arwah ni?Inilah kenangan manis geng2 cari.com dengan arwah ni...1st time dorang beraya ke rumah Aril, arwah pakai selipar kaler oren..disebabkan keramahan dan keletah arwah yang menghiburkan, arwah dah ada peminat tersendiri dalam kalangan peminat2 Aril..siap ada ketua fanclub selipar oren kat situ...teringat kenangan berjaga tengah2 malam sambil tergelak terkekek-kekek depan pc baca post merembes masing2...itu satu kenangan indah yang manis utk diimbau...




Ini satu-satunya gambar yang pernah aku ambil bersama arwah..actually.. (rahsia ni).. aku penah minat sakan dengan arwah time dia masuk bintang RTM..time tu dia sorang je peserta lelaki yang agak hensem..time tu suara dia sedap, tapi x berapa power, samalah macam Aril kat Af..ha3...



Semoga Roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin!Setiap yang pergi pasti tidak akan kembali, yang masih hidup diharapkan dapat meneruskan kehidupan di samping sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah.Semoga Aril sentiasa tabah menghadapi liku-liku hidup selepas ini. Andalah Abang dalam famili, jadilah abang yang baik..Sekian..

 
© 2007 Template feito por Áurea R.C.