Sabtu, 3 April 2010

Takziah Pak Din, Af dan apa2 je lah..

Assalammualaikum..

Pak Din Beramboi..seorang comedian yang extreme, slumber dan genius....Lawak Pak Din Beramboi adalah lawak yang boleh dianggap lawak kelas atasan..Pada pandangan mata aku, karier Pak Din berada di puncak apabila segmen Drama Sebabak Di Era keudara..Setiap pagi, bila buka aja radio...akan kedengaran suara pak Din dengan lawak2 ganas beliau...Tapi semua itu berubah bila seorang kawan di FB menulis status "Abg Din Beramboi memerlukan darah jenis O di hospital Selayang"..Ya Allah..bertambah gusar hati ini bila ada yang mengatakan Pak Din sedang koma kerana organ dalamannya banyak yang rosak..terdetik di hati kecil, mungkin Pak Din dapat bertahan sampai hari Jumaat..bukan mendoakan..tapi tiba2 terlintas di hati nih..tup2..benda yang aku fikirkan tuh betul2 menjadi realiti..Pak Din Beramboi pergi meninggalkan semua insan yang menyayangi dan mengagumi beliau..takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Bin Mior Badri..rasa hiba menyelubungi hati aku..Pak Din Beramboi tiada gantinya.............


Esok, tibalah masanya segala jawapan akan terungkai..adakah ARIL akan menggenggam anugerah? Harapan tidak terlalu tinggi..cuma yang aku tengah fikirkan sekarang nih pasal persembahan ARIL pada malam ABP nanti..ARIL akan membawakan lagu2 KRU..harap2 segalanya berjalan lancar..malam ABP ditonton oleh jutaan penggemar dunia seni tempatan..harap ARIL dapat membuat persembahan yang baik dan mungkin menjadi persembahan yang meninggalkan impak positif kepada kerjayanya..insyaAllah...

Adakah Shahir akan menjadi peserta pilihan aku pada tahun ini...ermmmmmmmmmm...kita tengok persembahan dia pada malam nih ok..kalau persembahan dia dapat membuka mata orang sebagaimana persembahan Stacy untuk lagu RELA, RIZ untuk lagu Seribu Tahun dan ARIL dengan lagu Yang pernah, atau tidak..adakah Derita Cinta nyanyian asal Jamal Abdillah dan komposernya Ahmad Nawab, adalah lagu yang bakal menyerlahkan aura Shahir..kita sama2 saksikan malam nih ye..


MODE:Orang cakap Iwan Hensem..tapi..sori to say..just suka tgk dia..tapi dia x menepati taste peserta AF yang aku minati..ahaks

0 ulasan:

 
© 2007 Template feito por Áurea R.C.